12 November 2014

RAPMON BEING FUNNY OR RUDE ??

assalamaualaikum.. huhu dah lama tak tulis kat blog... busy katanya ( -____- ) but kpop life tetap tak tinggal... huhu

ok refer kepada tajuk di atas... ini tentang isu Rapmon dari group BTS buat muka masa VIXX menang kat Inkigayo... well isu nie melibatkan fandom starlight dan armys jer.. tp sebagai B.A.P's fan aku tetap nak bagi pendapat tentang isu nie...


some of kpop fans cakap ini isu kecik jer jd tak payah nak besar2 kan... dan ada yg kata rapmon buat muka tu nampak kelakar dan comel... dan ada yg cakap rapmon nampak annoying gila...

bagi pendapat aku, aku memilih untuk katakan apa yang Rapmon buat tu agak kurang beradab... aku memang tak tahu pun sifat atau perangai members BTS nie tp sbagai public figure dan masih rookie group spatutnya dorang kena concern lah tentang manners bila senior korang tgh bagi speech... okay maybe ada some armyz akan ckp Rapmon dah jad artis underground 4 tahun sebelum debut sebagai  ahli BTS, tp still bila dia dah jd ahli BTS dia adalah rookie group berbanding vixx...

Jgn kaitkan pasal senior atau junior... well bagi aku tak akan jadi masalah kalau Rapmon nak buat muka atau perangai kalau vixx yg kat depan tu bagi speech pun dlm keadaan dorang having fun atau main2... tp masalahnya kat sini vixx tgh nangis terharu time tu... dan selain tu tak jadi masalah kalau Rapmon buat perangai jauh dari ahli vixx tapi masalahnya kat sini muka Rapmon betul2 kat tgh dah macam ahli vixx pulak...

BTS ... hmm sebenarnya dah banyak kali jugak member BTS yang buat muka time pemenang tgh buat ucapan... dan SELALUNYA dorang betul2 kat belakang pemenang tu... jadi sebagai bukan peminat BTS aku akan anggap dorang nie mcm "Attention seeker" jer (sorry Armys)... secara jujur nya BTS nie lagu2 dia boleh dikatakan sedap2 jgak... tp bila aku dah selalu nampak dorang buat perangai mcm tu aku rasa mcm kurang berminat sikit...

antaranya masa B.A.P 3rd win kat music bank... masa diumumkan B.A.P menang nampak rapmon buat muka kat tepi... masa aku nampak aku terlintas "kenapa buat muka macam tu... ingat B.A.P akan kalah ker?' sbb dia buat muka suprised giler.. tp nasiblah babyz fandom nie positif giler tak macam aku dorang hanya cakap Rapmon tu B.A.P's fanboy tu yg muka nampak happy bila B.A.P menang...

ok nie antara ahli BTS yang buat muka kat belakang setiap pemenang ... Being supporter, funny or rude ?? nilaikan sendiri