03 January 2013

SEMESTER 4 YANG SANGAT SERONOK


Akhirnya aku singgah di blog aku ini... setelah sekian lama aku meninggalkannya akhirnya hari ini aku kembali semula (ayat mcm kat drama petang2)... tak nak tahu kenapa aku dah lama tak berblogging... ok klu korang tak nak tahu pon aku nak bagi tahu jugak.... ini semua sebab semester 4 nie la... tajuk entri nie sebenarnya ada sambungannya lagi iaitu Semester 4 yang sangat seronok lah sangattt~ (tgn di bahu mata ke atas)... mungkin ramai yg cakap biasalah hidup sebagai student klu tak ada istilah "busy" memang ada tak kena lah dengan hidup kau...


Dalam semester 4 nie aku ambil 6 subjek, boleh dikatakan semua subjek tu agak 'strong' lah... finance, law, gelagat organisasi, business development, pengenalan kpada perbankan dan pengajian islam...yg paling best setiap subjek tu assigment macam kereta api, belum pun siap satu assignment, assignment lain pulak yg datang... tapi sebagai sorang yg berwawasan teguh aku berjaya juga siapkan (walaupun skrg nie sbnarnya ada lg assingment)....secara tidak langsung kuranglah aku tgk cerita korea~ tapi yg paling pnting runningman aku tak pernah miss...

Apapun aku harap untuk semester nie aku dapat maintain kan pointer aku... tak pelah biar penat2 sekarang tapi senang2 di kemudian hari (peribahsa dri kamus pustaka sendiri)... jadi kepada student2 diluar sana yg senasib dengan aku nie, marilah kita bersabar bersama2 dan buat yg terbaik masa FINAL EXAM nanti... Oyeahh~

No comments: