23 December 2013

OFFICIALLY BECOME BABYZ

yup ini bukan lagi cubaan atau sangkaan...
secara rasminya aku ingin mengelarkan diri aku sebagai salah seorang babyz !
BABYZ??


untuk pengetahuan Babyz nie adalah nama fandom untuk B.A.P
walaupun sekarang nie ramai yang minat Exo tapi entah mengapa aku lagi tertarik dengan alien dari planet matoki nie... untuk alien dari exoplanet pun aku minat sebab kris ngan tao pun bias aku dalam group tu.. 

aku pun baru kenal B.A.P 2-3 bulan yang lepas... 
agak menyesal jugaklah sebab aku tak minat dorang masa dorang mula debut...
dorang debut masa 2012 katanya masa awal dorang debut dorang famous dan menjadi phenomena dalam industri kpop sbb dorang pernah dapat title 'song of the year' kalahkan psy dgn big bang... lepas tu dorang dapat 14 rookies award... mmg dahsyat jugaklah masa awal2 dorang debut.. tapi kini exo pula yang nampak nya dah jadi phenomena untuk 2013...



but its okay... seperti kata leader B.A.P bang yongguk 'makes art not war'

ingat lagi masa bulan september, masa tu aku konpius nak pilih Vixx, Nuest, B.A.P, BtoB, atau Exo... sebab aku tahu dorang nie debut 2012, so aku rasa macam nak jadi peminat kepada salah satu group nie lah... kira macam nak update sikit minat kpop aku nie... takkan nak minat suju, shinee, big bang, teen top, cnblue dan lain2 selamanya kan... tempat dan cara aku nak kenal dorang nie melalui youtube huhu reality show lah apa lagi... bila tgok exo tak de reality show lg, vixx pula rasa mcm biasa jer, nuest pun sama, btob nampak mcm ok, tp lpastu aku rasa boring, tgok Tadah Its B.A.P aku konpius sebab masa tu rambut dorang smua perang 'blonde' lagi pening aku nak kenal dorang... so aku tangguh kan hasrat nak kenal rookies2 sekalian nie...

then aku tak ingat mcm mana, cuma yg aku ingat aku tgok lagu No Mercy B.A.P kat Music Core... masa tu hati ku telah dicuri oleh Bang yongguk... dan masa tu aku dah addicted giler dgn lagu no mercy... sejak masa tu aku terus download semua lagu B.A.P

skrg nie ada jugak aku nak menjengah nak minat Bangtans Boys atau BTS.. tapi klu aku tgok dorang mesti aku tringat B.A.P sebab muzik dan genre dorang masam sama jer.. lepastu aku rasa macam nak minat exo sebab aku tgok ramai yg minat kumpulan nie... tp aku tgok exo nie trlalu handsome dan jambu sgt jadi aku kureng sikit... hakikatnya hati aku mmg dah dkat B.A.P



bagi aku B.A.P nie lain dari yang lain..
sbb kebanyakkan lagu dorang bukan lebih kepda cinta, bf dan gf, dan sebagainya tapi lagu dorang lebih kepada kemanusiaan.. bila tgok lirik bagi setiap lagu B.A.P mmg mendalam gila makna... lepastu leader B.A.P bang yongguk nie aku rasa seorang yang matang dan boleh dikatakan baik sebab dia selalu fikir nak tolong orang susah, klu nak tahu tgok twitter dia... antara yang yongguk pernah cakap 
"i believe that idols aren't stars, but icons who should set good examples for young children"
dia juga seorang yang menjaga kebersihan sbb tu perempuan idaman dia seorang yang pembersih... lagu yang sampai sekarang aku rasa mmg gila punya berani yang diorang keluarkan ialah lagu tajuk excuse me... 
antara lirik paling dahsyat dalam lagu tu
'put down all your fake awards, your music is an error to kpop'
'you put in your insoles and challenge me but you can't even reach my height'

selain tu kalau nak tahu salah satu member B.A.P iaitu himchan suka ambil gambar peminat dia, pening tak? patutnya peminat ambik gambar artis nie artis plak ambik gambar peminat... bila ditanya sebab apa himchan nie cakap dia anggap Babyz (fan B.A.P) sebagai idol jugak.. klu nak tahu jugak himchan nie pun buat fansite utk babyz... artis yang buat fansite utk peminat kau~ giler tak
antara hasil kerja himchan~ sweet tak!


dahsyat tak!! itulah Best Absolute Perfect
bila tanya siapa bias aku dalam group nie komform lah
yang 'blonde' hair !
hah mana satu blonde hair?
 cari cepat cari huhu

hehe sebenarnya dalam B.A.P nie aku mmg tak ada bias langsung, sbb Bias aku dalam B.A.P adalah B.A.P itu sendiri sbb aku mmg minat yongguk, himchan, daehyun, yongjae, jongup dan zelo <3



No comments: