15 May 2013

RESULT SEMESTER 4



cer teka cer teka aku dpt berapa?

tadi bangun jer pagi2 aku terus on kan netbook, sbb aku tahu result keluar hari nie, jd aku nak tgok lah kalau PA aku keluarkan apa2.. tekaan aku memang tepat. dia keluarkan status kat group batch aku, dalam status tu dia ada tulis result dah keluar, kalau nak tahu kena dtg tgok sendiri, lecture tak dibenarkan beritahu kat fb, mesej, whatsapp, twitter dan sewaktu dgnnya.



lepas jer aku tahu pasal info tu, aku terus bg tahu abah aku, entah knapa kali nie aku meroyan giler nak tgk result, klu slalu tu aku relax jer... tp abg aku yg hntar kali nie, masa nak kluar rumah tu, alamak!! tayar motor dia pulak pancit.. ok kat situ jer aku dh tak sdap hati, rasa mcm ada bnda tak baik jer...




tapi abg aku kan kaya, dia mmg ada dua motor, jd dia kluar kan lah motor 125z dia...dlm perjalanan nk ke kolej tu aku berdoa jer, btul lah kata org klu nak ambil result atau nak ambil exam student transform jd alim... hahah tak kesah lah org nak kata macam tu, tp yg pasti aku tahu masa tu Allah jer yg maha berkuasa dan boleh tolong aku...

sampai jer kt kolej aku tgok meja lecturer aku yg juga merangkap sbgai PA aku kosong, rupanya dia keluar,  baik2 tadi aku nervous terus jd takut pula, bkan takut pasal result tp taku dgn abg aku yg tunggu kat luar tu... kalau aku lambat masak lah aku...



Akhirnya aku jumpa dgn lecturer lain yg bertanggungjawab sbgai ketua program dalaman... 
"tak pe, awak tgok dengan sya pun tak pe"
lbih kurang mcm tu lah ayat dia... nervous yg td dah hilang terus jer dtg balik...
result aku tu bentuk dia bukan macam fail keputusan kat skolah menengah atau sekolah rendah, 
bentuk dia secara list, maknanya kita kena cri nama kita, nama aku kan bermula dgn huruf 'R' mmg kebawah sikit lah 
masa tgh cri nama aku tu
apa yg aku nampak hanyalah sebaris perkataan KB jer..
aku dah mula tak sdap hati,
lpas tu aku cari perkataan AD
yg bermaksud anugerah dekan, 
(patutnya cri nama dulu, tpi aku nie kan senget sikit hahah)

"hah, nie awak punya ramlah, ok awak dpt anugerah dekan, pointer 4 flat tahniah"
ok lpas jer aku dgr puan ckp mcm tu, aku trus ucap alhamdulillah,
lpas tu berbual lah kjap dgn puan psal akak aku, dan pasal result sebenarnya kluar hri isnin nie, tapi disebabkan aku dh dtg puan beritahu juga lah result aku...



masa aku dh salam puan nak balik, ayat yg sampai skrg aku ingat dri puan tu ialah..
"ramlah, maintain kan keputusan nie, nanti dpt Anugerah Ketua Eksekutif"
hah.anugerah KE nie mmg aku idamkan... lpas jer puan ckp mcm tu aku trus snyum, lps tu aku trdgr lecturer dri  meja sebelah cakap
"wah, anugerah ketua eksekutif terus eh"
lpas tu ada lah juga puan bg tahu dgn lecturer tu pasal aku, tpi aku tak dgr lah dia ckp apa mungkin dia bg tahu yg aku ni dah masuk 4 kali dpt anugerah dekan...


Jd inilah keputusan aku... 4.00 flat... yeah im success