17 June 2013

CITA-CITA ITU SUATU HARAPAN

Hari nie first day untuk semester 5, (akak senior seh, akak senior seh)  aku bukan pandang pon senior2 nie, apa ada dengan gelaran 'senior' tu, budak2 junior pon pandang aku dari atas je td (aku kan pendek, dorang tinggi2 woO), tapi agak terharu dan wujud sedikit bangga didalam diri ini apabila masuk2 kolej jer ternampak kain rentang tertulis 'Anugerah Dekan, Syabas dan tahniah' lepas tu ternampak ada gambar seorang minah yang cun dan comel kat kain rentang tu, wuhu macam kenal jer minah nie...tapi bukan lah gambar aku seorang je kat kain rentang tu, ada gambar 15 orang lagi yang memegang anugerah dekan,..

Bila duduk diam, bertafakkur, mengenang kisah silam tiba2 ketawa sengsorang (dah nak giler ke dia nie), aku teringat masa darjah 1, bukan main semangat tulis cita2 kat fail peribadi nak jadi 'doktor'. cita2 tu aku tetapkan sehingga ke darjah 3, kira nie cita2 mati punya lah, semangat nak jadi doktor tu memang kental, sekeras ubi kayu kalau nak digambarkan, sampaikan bedak, minyak gamat, minyak cap kapak, dan serbuk2 lain aku gaul2 kan sebab nak jadikan ubat, dan mangsa yang akan memakai ramuan ubat aku tu ialah Emak aku, kerana menyokong cita2 anak, emak aku akan cakap ' eh, dah baik lah' sbenarnya bila aku try buat balik benda tu sekarang, mak ai bau ramuan tu mengalahkan bau ginseng yang dah basi, bila pakai kat luka dia punya pedih dan perit rasa macam nak sepak2 orang jer, bila dah tahu sekarang aku cpat2 minta maaf ngan mak aku... huhu selain tu, aku juga pernah guna pensil 'tekan-tekan' or 'picit-picit' konon2 jadi jarum injection, dan mangsa yang selalu kena cocok ialah Kucing aku, tapi aku tak lah zalim cocok kucing macam tikam nak bunuh, aku tekan belakang pensil tu dan ubt pensil tu akan masuk kedalam jadi kucing aku tu tak sakit pon, cuma bila aku buat macam tu, dari gerak mata kucing tu macam nak cakap "apa yang kau buat kat aku nie manusia"





Tetapi cita2 tu hanya melayang bagaikan kapal terbang yang diperbuat dari kertas, aku sedar bila aku tak boleh jadi doktor bila aku ternampak ada orang accident, masa tu darah dia mengalir, darah dia banyak giler, kalau draccula lalu kat situ kompom makan besar dia hari itu, dan pada waktu tu lah tiba2 badan aku mengigil, nie mengigil bukan buat2, atau mengigil nak buat2 comel atau cute tapi nie 'real' punya mengigil, masa tu cita2 nak jadi doktor dah berkurang tapi tak habis lagi, masih terselit sikit cita2 nak jadi doktor, kemudian aku pula accident, kata orang masa accident tu aku berguling2, terbayang penari bollywood yang guling kat rumput, tapi aku high class cikit, guling kat tar... haha accident pukul 6 aku sedar dri pengsan  pukul 9 macam tu, tiba2 aku ternampak luka di hujung ibu jari aku, aku pitam dan termuntah di hadapan jemaah masjid (kawan2 abah aku yg datang melawat), mengangkat jubah dorang time tu, bila tunjukkan doktor, doktor tu siap gelakkan aku... kalau nak diikutkan kakak aku punya luka lg parah, dri lengan ke siku, terkopek macam tu, bukan sebelah tgn tapi kedua2 belah tgn, aku mmg tak tgok luka kakak aku tu, aku tgok pun jeling2 jer... dan pada ketika itu  lah aku ucapkan selamat tinggal kepada cita-cita sebagai doktor.... tetapi aku percaya cita2 nak jadi doktor tu masih berbaki lagi dalam hati aku, iyalah kalau pergi hospital nampak doktor ke hulur hilir dengan baju putih dan dengan benda alah apa yg letak kat telinga tu, aku pasti akan jealous, dan bila ada doktor yang melayan pesakit macam nak tak nak atau tak 'mesra alam', mesti terdetik dalam hati nie, "kalau lah aku jadi doktor, aku tak akan buat macam tu dengan pesakit dan akan buat lebih baik dari dia"...

tapi kalau doktor yang mcm nie yg lalu, bukan jealous lagi dah, terus melting meh~ (mengatal jer kerjanya)


selepas itu apa pula cita2 aku untuk darjah 4, 6 dan seterusnya ?... nak tahu? nanti aku buat bahagian yang ke 2..


No comments: